Ragam Customer Kedai Makan

by - 4:22 PM

Hola hola..
So this time aku nak share sikit perkara yang aku mohon kita semua yang jadi customer dekat restoran supaya tak buat. Sebab ni lah jenis-jenis ragam customer yang buat pekerja panas hati.


  •  Customer yang CEREWET. Minta itu ini , taknak itu ini, lepastu kekadang ada yang nak makanan tak ada dalam menu. Bukan masalah pekerja malas, tapi macam mana nak kira harga sedangkan tak ada dalam menu? Then contoh kalau order tomyam seafood, taknak sotong/udang , nak ikan je. Yang tu kita boleh buat lagi. Tapi kalau lauk lain, nak tukar itu dengan ini, ini dengan itu, payah lerr. 


  • Next, customer yang TAK BAGI KERJASAMA masa pelayan hantar makanan. LIKE SERIOUSLY....pelayan tengah bawak makanan, and then some of customer bukannya nak bagi alih makanan yang ada atas meja. Okay yang paling aku geram bila orang belum sempat clear table, customer dah duduk, main phone, orang nak lap meja taknak bergerak. Nobody ask u utk buat mannequin challenge kat situ k?! Lepastu bila meja tak bersih tau pulak nak complain. Ugh bagila kerjasama.

  • Then, customer yang MAKAN BERSEPAH. Kucing pun tak makan macam tu. Ada some of customers yang kopek kulit udang buang atas meja macam tu je. Kekadang siap ada yang buang serai bawang sayur semua atas meja. Ok paling teruk pun letak lah atas tisu. But why don't u just letak kat side tepi dalam pinggan tu dulu? Tau tak benda tu semua tinggalkan kesan bau atas meja. Tak memasal pekerja nak kena kutip sisa makanan korang tu!

  • Last, customer yang TAK RETI SABAR. Duduk tak sampai berapa minit tak dapat menu dah menggelibas. Plus dekat kedai tu guna loceng 'call for service'. Ada je customer yang tak reti sabo duk tekan banyak kali. Lepastu bila kedai full, of course la lambat sikit nak sampai makanan. Tukang masak 2 orang je bukan 20. And then ada la customer aku ni, dah tau kedai full, cari la tempat makan lain. Staff dah cakap dah kena tunggu sebab penuh, tapi dia nak menggelibas lak. Eyy panas je.

Aku rasa sekarang ni slogan 'Customers Always Right' tu dah boleh hapuskan. Kalau nak melayan kerenah customer yang bermacam2 ni, tak gerak kerja kteorang. Memanglah makan berbayar, tapi cuba kalau kita terbalikkan keadaan, biar customer ada dekat tempat pelayan. Mesti stress. Cukup baik lah dapat waitress yang baik dan penyabar tambah comel macam saya. Haha k taktak. 



0 comments

:)