Kerja Rumah...whut was dat

by - 1:00 PM

Hola =)
Secara jujurnya aku bukan lah seorang perempuan yang rajin ngeheh . Ibu aku selalu membebel cam "awak ni duduk rumah tak reti nak tolong ibu ke...@#$%*?!..."
Aku diam je lah takkan nak melawan kan . Tapi dalam kepala ni membebel je . Idk la tapi memang ada kan sesetengah mak macam mak aku . I'm sorry mum but it's a fact .
Even bila aku dah buat kerja pun dia kata aku tak buat kerja . Walaupun aku anak kedua tapi sekarang ni aku lah yang paling tua kat rumah dan paling diharapkan oleh ibu . Because aku sorang je anak perempuan . So mesti la ibu harapkan aku ni rajin .
Actually bukannya tak buat kerja . Aku buat je kerja cam mop lantai , sapu sampah , masak , cuci pinggan , toilet and so on lah kan . Cuma satu je...SATU JE punca ibu kata aku tak buat kerja . Aku tak suka lipat baju . Aku bukan tak reti . LIKE I DON'T EVEN KNOW kenapa aku tak suka lipat baju dekat rumah . DEKAT RUMAH SENDIRI JE KAY .

Tapi kalau dekat sekolah aku okay je . Lagilagi bila lepas kawan aku salin baju dekat sekolah , dan dieorang main sumbat je dalam beg , memang aku tak suka . Aku cam terus amik baju dia dan terus lipatkan leklok . But one thing yang menyedarkan aku supaya rajinkan diri untuk lipat baju...sebab ibu kata camne nak kahwin kalau malas . It's like kalau dah kahwin nanti lagi la kena lipat baju suami sekali . YEH I KNOW I'M STILL YOUNG . Tapi benda tu nak kena amalkan dari sekarang lah kot. Sebab benda tu basic kan .

Tapiii...tapiii...tapii aku suka masak dekat rumah . Walaupun tak pandai sangat kan tapi boleh lah kalau setakat nak hidup . Macam sebelum ni sleepover dekat rumah kawan . And her parents tak ada masetu . So aku pun masak je lah . Buat macam rumah sendiri ngeheh . Sebab memasing dah lapar kan so why not aku masak je .
Dan baru ni aku first time lah belajar masak mi bandung . Sebelum ni tengok je ibu masak . Kali ni kena masak sendiri .

 Taraaa...eh baru mula je ni . Oh that's the carrots . I carrots :B

 Time tengah boiling & berasap ni acah-acah macam witch tengah jampi haha

The best part is bila dah nak siap dan hidung kembang kuncup sebab happy

TARAA...Omnomnomnom
Aku guna mi lain sikit . Idk la mi apa tu tak ingat sebab ibu yang celur mi tu wakaka

Well there's no reason untuk aku malas nak masak sebab sekarang ni banyak noh barang instant . Even lada/cili pun dah ada yang siap dikisar . But I prefer buat sendiri sebab kekadang beli kat kedai , rasa dia masam . Aku suka masak dan bawak makanan pergi sekolah untuk share dengan kenkawan .
Kekadang bagi dekat Cikgu Normah kaunselor kesayangan  Aku taktau lah aku masak apa paling sedap tapi aku rasa sambal telur aku paling disukai kot . Aina kalau nampak aku bawak lempeng & sambal telur mesti dia cam..GRRR . U know what I mean haha ! Kalau masakan yang goreng2 cam mi goreng nasi goreng tu aku dah biasa buat . Sekarang ni aku just nak mantapkan lagi masak lauk. Lagipun kekadang aku bosan , aku rasa nak masak tapi aku taktau nak masak untuk siapa sebab perut sendiri dah kenyang .

Dan bila orang suka masakan kita of course lah gumbira kan . Masa first time aku buat kacang pool , Aina sampai menghalang aku untuk bagi orang lain . Hahaha . Sorry Aina but benda ni kelakar doh . Actually aku bawak 4 bekas . Satu untuk aku , satu untuk kawan , satu untuk ehem dan ada lebih satu ingat nak bagi orang lain. Aina kata dia tak suka kacang pool tapi dia kata...dia kata...bukan aku kata...Aina kata kacang pool aku je yang dia suka . Lepas dah makan time rehat tu , dah habis lah semua . Tinggal satu bekas je . Yang tu aku simpan lah kot kot kalau jumpa orangnya , aku nak bagi . Tapi si Aina punya effort untuk halang aku tu tinggi beb . Hahaha . Nasib baik tak jumpa orangnya . Kalau jumpa mesti Aina hampa . Takpa Aina..nanti aku buatkan hang bebanyak naa !
No one is born a great cook , one learns by doing ♥   -Julia Child


2 comments

  1. okay what pandai memasak. macam Fatin ni tak pandai sangat memasak. masuk je dapur belajar masak, esok tu dah lupa resepi. haha. tak masak sebab takut nanti malu orang rasa masakan Fatin tak sedap kot. haha.

    sedapnya mi bandung tuuu :D

    ReplyDelete
  2. Pandai sikit2 je . Haha kita pun memula takut nak bagi orang makan so kita try masak sikit untuk diri sendiri dulu .

    ReplyDelete

:)