+ Follow | ♥ Dashboard






Hood







2:34 AM | 0 comments
Hola :)
How u guys doing?
Since aku tengah bosan gila, aku pun terfikir lah nak update pasal ni. Sebab lately aku banyak terbaca pasal relationship zaman sekarang dekat twitter. Dann, sejak aku kerja la aku selalu perasan memacam berkaitan dengan relationship.

Ok first, aku taktau kenapa dekat tempat kerja aku, kebanyakannya perempuan yang bayar makan. Well some people might think tak macho la kalau perempuan yang bayar makan time dating. Actually aku pun selalu terfikir macam tu. TAPI bila aku fikirkan balik, tak salah pun perempuan bayar, it's even better. Kalau lelaki bayar, nampak gentleman, perempuan bayar lagi nampak wow, gentlewoman (?) haha. Yelah kan, takkan setiap kali pergi date, semua benda lelaki nak kena bayar. Nanti dia nak kahwin dengan hang, nak keluaq banyak duit lagi betui dak? So apa kata waktu date tu korang kongsi2. Baru lah fair & lovely. Kahkah.

Yang best bila tengok lelaki hipster muka macho berlagak ada awek hot cantik bergaya pastu tak rela nak makan kat situ sebab harga, tapi si perempuan tu dengan muka kereknya beria-iya nak makan situ. Cam....


L : Honey nak makan kat mana?
P : Kita makan kat sini lah dear
Bila dah duduk tengok menu...
L : *Muka senak tengok harga*
P : *Order macam makan 10 orang*

Time tu, hilang kau punya 'honey' 'dear' 'baby' semua. Dalam kepala terbayang rama2 keluar dari wallet. Sebab kau tau awek kau takkan bayar. Haha tulah berlagak lagi macam awek hang tu retis, lenkali takyah tanya2 nak makan mana, heret je awek hang tu pi mamak. Tapi lantaklah kan, yang penting sebelum langkah keluar, hangpa bayaq. 

BUT ADA THIS ONE TIME, aku jatuh hati tengok this one family sebab rasa macam ini real punya relationship goals. Both of them macam muda lagi, anaknya pun macam baru 1-2 tahun. Wife brader ni lawa baqhanggg. Brader ni takdelah hensem, kurus, tinggi. BUKAN NAK MENGHINA OKAY tapi aku rasa personaliti dia memang menarik sampai wife dia tertarik. Wife dia sangat lemah lembut. Brader ni jenis happy go lucky. Aku pun taktau kenapa sepanjang dieorg makan kat situ, aku duk perati je sambil tersengih2. Suddenly Tikah cakap "weh aku tengok family dieorg, terbayang kau dengan *** weh" HAHAHA OMG. Rupanya tikah pun suka dengan customer ni. Sampai waktu customer tu panggil nak tambah order, kteorg berdua berebut berlari gi table tu. Brader tu dengan wife dia gelak je. LOL PERANGAII XD

Serious talk, dah berapa banyak couples makan kat kedai tu.. Tak pernah aku jumpa couples yang cantik & handsome kira cam physically perfect tapi sebahagia family tadi. Banyak je couple yang perfect luaran makan kat situ dalam keadaan bermasalah, bermasam muka. So yah terbukti, sempurna luaran tak menjamin kebahagiaan. Biarlah orang nak kata kau tak pandai pilih pasangan sebab rupa ke apa. Asalkan bahagia. 

ANDDD KORANG PERASAN TAKK? Sekarang ni ramai lelaki yang beshe2 dapat girlfriend yang good looking! Okay just look at Jep sepahtu yang dapat Sariyanti, Nabil Ahmad yang dapat Zira, Fad bocey yang dapat wife cute gila omg. Serious talk la aku rasa perempuan yang matang tak kisah dapat lelaki tak handsome asalkan ada personaliti yang menarik, perangai yang baik, paling penting pandai jaga hati, mesti lekat punya.

Hasta Luego <3



8:30 PM | 0 comments

Holaa readerss =)
Cem biasa, memang aku tak berkesempatan nak update selalu. Sampai...hilang...pembaca huhu :(

Soooo result espiyem dah pun keluar haritu. Nak tau result aku? Haha tak payahla. Result aku tak gempak. Tapi bersyukur tak ada gagal. 2Tahun aku kena hadap subjek yang kerap tak lulus dan yang tak pernah lulus. Tak sangka weh aku boleh lulus semua. Sampai nangis. Haha. Time tengok keputusan tu, aku ada dengan cikgu matematik which is subjek yang aku TAK PERNAH LULUS. Bukan setakat lulus okay, tapi memang setiap kali exam, markah paling rendah dalam kelas. Mana taknya, kerja tak pernah siap. Kalau siap pun sebab copy orang. Setiap kali cikgu sebut nama student yang tak hantar kerja, tak pernah miss nama aku.

Tapi tak expect lak cikgu teman aku masa amik result. Aku tunjuk cikgu result aku and she was like so soo soo happy and proud sambil cakap "Alhamdulillah awak lulus semua....tahniah.". Then dah lama sikit baru aku ready nak call ibu. Aku bagitau ibu yang aku tak dapat banyak A. Then ada lah sesi sebak menyebak (eh?)

Ibu : Habistu subjek lain macam mana?
Me : Subjek lain lulus
Ibu : Ha? Semua lulus??
Me : Haah....takde failed
Ibu : Alhamdulillah kakak...takpe semua lulus dah cukup baik dah tu

Pastu mende tah lagi mak aku cakap. Sampai menangis nangis aku. Padahal malam tu dah cakap dah kat nurin, papehal aku kena control hati sado. Tapi apa yang mak aku cakap tu buat aku terharu tahap asdfghjkl. Alhamdulillah, dapat jugak buat ibu bangga. Also abang long gua yang tak pernah give up tolong aku study sampai 3-4 pagi. Bersyukur ada both of them waktu susah & senang. Terharu bila abang cakap "always proud of u". Dan sekarang ni dia lah yang tengah struggle tolong aku nak masuk Uni.

Sooo korang ingatlah, jangan pernah percaya bila orang cakap kalau result tak cemerlang, kau tak kemana. Sebab kita taktau bila tuhan nak bagi rezeki. Kalau tak sekarang, mungkin masa akan datang. Never ever ever give up. Result macam mana sekalipun, teruskan usaha cari masa depan yang cerah.



4:22 PM | 0 comments
Hola hola..
So this time aku nak share sikit perkara yang aku mohon kita semua yang jadi customer dekat restoran supaya tak buat. Sebab ni lah jenis-jenis ragam customer yang buat pekerja panas hati.


  •  Customer yang CEREWET. Minta itu ini , taknak itu ini, lepastu kekadang ada yang nak makanan tak ada dalam menu. Bukan masalah pekerja malas, tapi macam mana nak kira harga sedangkan tak ada dalam menu? Then contoh kalau order tomyam seafood, taknak sotong/udang , nak ikan je. Yang tu kita boleh buat lagi. Tapi kalau lauk lain, nak tukar itu dengan ini, ini dengan itu, payah lerr. 

  • Next, customer yang TAK BAGI KERJASAMA masa pelayan hantar makanan. LIKE SERIOUSLY....pelayan tengah bawak makanan, and then some of customer bukannya nak bagi alih makanan yang ada atas meja. Okay yang paling aku geram bila orang belum sempat clear table, customer dah duduk, main phone, orang nak lap meja taknak bergerak. Nobody ask u utk buat mannequin challenge kat situ k?! Lepastu bila meja tak bersih tau pulak nak complain. Ugh bagila kerjasama.

  • Then, customer yang MAKAN BERSEPAH. Kucing pun tak makan macam tu. Ada some of customers yang kopek kulit udang buang atas meja macam tu je. Kekadang siap ada yang buang serai bawang sayur semua atas meja. Ok paling teruk pun letak lah atas tisu. But why don't u just letak kat side tepi dalam pinggan tu dulu? Tau tak benda tu semua tinggalkan kesan bau atas meja. Tak memasal pekerja nak kena kutip sisa makanan korang tu!

  • Last, customer yang TAK RETI SABAR. Duduk tak sampai berapa minit tak dapat menu dah menggelibas. Plus dekat kedai tu guna loceng 'call for service'. Ada je customer yang tak reti sabo duk tekan banyak kali. Lepastu bila kedai full, of course la lambat sikit nak sampai makanan. Tukang masak 2 orang je bukan 20. And then ada la customer aku ni, dah tau kedai full, cari la tempat makan lain. Staff dah cakap dah kena tunggu sebab penuh, tapi dia nak menggelibas lak. Eyy panas je.

Aku rasa sekarang ni slogan 'Customers Always Right' tu dah boleh hapuskan. Kalau nak melayan kerenah customer yang bermacam2 ni, tak gerak kerja kteorang. Memanglah makan berbayar, tapi cuba kalau kita terbalikkan keadaan, biar customer ada dekat tempat pelayan. Mesti stress. Cukup baik lah dapat waitress yang baik dan penyabar tambah comel macam saya. Haha k taktak. 




Older Post
Hola


Saya suka menulis ,
tapi tak cukup kertas .
Jadi saya menaip

18
29 Jan
Johor Bahru

nhanis_hanahs@yahoo.com


Visit My IG (?)
Instagram

♥♥♥

AboutLinksEntries

♥♥♥

♥♥♥

EhemEhem
Kalau dah lawat blog ni , jemput tinggalkan jejak dekat cbox okay uolss . No harsh words . Thank you :3



♥♥♥


Cinderella never asked for a prince, she asked for a night off and a dress




Once you stop chasing the wrong things, the right ones will catch you :)




For every minute you are angry, you lose 60 seconds of happiness




I am thankful for all those difficult people in my life, they have shown me exactly who I do not want to be



"It's like I want you to look at me, but I turn my head every time you do"



There's that one person you'll never get over no matter how long it's been <3