Kenapa Benci Matematik ?

by - 11:31 PM

Hola =)
As u gais tau tarikh keputusan SPM keluar baru berlalu , tahniah kepada yang dapat result cemerlang . Yang kurang cemerlang jangan kecewa , rezeki ada dimana-mana . Banyak ibadah , banyaklah peluang untuk dapat rezeki . Kalau SPM result power tapi ibadah kelaut pun tak kemana lah . Silap haribulan dengan result SPM yang power tu pun boleh lingkup kalau lupa Tuhan . Dan aku disini mereput tengok kakak-abang yang ada keputusan cemerlang dan sahsiah diri yang mantap .

BTW......aku tak tahu macam mana SPM aku kalau aku tak pupuk minat untuk belajar kira-kira . I mean macam kira-kira dalam akaun , ekonomi asas dan yang penting MATEMATIK MOD & MATEMATIK TAMBAHAN . Takkan nak biarkan gagal sampai SPM ?
Padahal IQ aku sangatlah laju belajar matematik . Tapi sampai darjah 4 je . Mula darjah 5 , aku jadi tak minat belajar matematik . Tapi bila aku dinasihatkan dengan cikgu addmaths last year , aku cuba buang semua negative thoughts supaya ilmu yang aku belajar tu senang masuk & berkat . 

So untuk cemerlang dalam subjek kira-kira ni , memang sah la kena ada minat . Tengok macam aku , 10 kali belajar pun susah nak masuk . Tak cukup jari nak kira cikgu2 yang dah nasihatkan aku untuk minat dengan subjek2 ni . Tapi sekarang ni aku cuba . Tak boleh lah cenggini , sampai bila aku nak jadi noob dalam subjek2 ni sedangkan kawan2 dah laju ke depan . 

Jadi dengan otak aku yang tak berapa cerdik dengan nombor ni , aku pun cuba sedaya upaya buat latihan di rumah . Tapi apakan daya tidak dapat menyelesaikan soalan yang ada . KAHKAH . So aku pun ikut ibu ke Badan Bookstore untuk beli buku rujukan . Punyalah lama aku duk belek buku rujukan dua subjek kegemaran ni haha . Tapi malangnya semua tak menarik perhatian . Sampai lah aku jumpa dua buah buku ni .


                 Ini je subjek yang aku jumpa untuk buku ni . Terbitan Alaf 21 .

Nampak tak info dalam kotak kecik tu ? Bunyinya seperti memerli aku hahaha . Untuk korangz yang hampir putus asa , fobia nombor & benci Matematik , memang sesuai guna buku ni . Formula yang disediakan memang tak bosan . First time aku jumpa buku macam ni . Bila guna buku ni , rasa macam ada orang tengah ajar aku , bukan buku yang ajar . Sebab aku jenis yang tak boleh nak fahamkan matematik dengan buku . Orang yang boleh fahamkan aku dengan matematik pun bukan sebarangan . Aku perlukan seorang yang penyabar . Bukan yang ajar setakat 'ajar' . Aku harap buku ni dapat membantu lebih lagi dari setakat ni . Buku ni harganya RM25.00 je . Cepat dapatkan buku ni =D


0 comments

:)